Salam cik bloggie (:
Hee kemain rajin lagi ain update blog skrg? Kalau boleh satu hari nak penuhkan dashboard dgn 746756776 entry ain saje. Boleh tak? :P *Dush! jangan jadi gila yeee ain! Okay skrg ain nak kongsi dgn korang mcm mana nak maintain kan hubungan friendship korang dgn BFF korang (: Check this out!
1. Be their secret admirer
Sekali sekala memberi pujian kepada kengkawan kerana fesyennya yg menarik atau kepandaiannya tidak mengapa. Tetapi janganlah terlalu kerap memberikan pujian, nanti 'naik lemak' pula. Korang boleh bercerita atau memuji tentangnya di depan kengkawan yang lain.
2. Don't be a backstabber
Seorang rakan sekelas korang menceritakan perihal yang tidak elok tentang BFF korang tu. Sehinggakan kengkawan yg lain memusuhi BFF korang tu. Time nie lah korang perlu bertindak sebagai true best friend. Kalau benar korang sygkan BFF, bersihkanlah namanya. Kalau mmg betul BFF korang melakukan kesalahan, korang perlu berterus terang dengannya. Mungkin dengan cara itu dia boleh perbaiki sikapnya.
3. Forgive and forget
Setiap manusia dilahirkan tidak sempurna. masing-2 mempunyai kelebihan tersendiri. Sebagai kawan yg setia, sudah tentu korang sudah masak dgn perangainya. Setiap kali korang tidak puas hati dgn tingkah lakunya, ada baiknya dibawa berbincang. Jangan disebabkan geram dgn kelakuan buruknya, korang memalukan dia di depan kengkawan lain dgn menceritakan keburukannya. Jangan terkejut kalau dia sendiri buat tak tahu dgn korang nnt. Terus putus kawan akibat diri sendiri tak tahu menjaga perasaannya.
4. Be a good listener
Masing-2 mempunyai masalah tersendiri. Mungkin hari nie BFF menghadapi situasi yg terlalu tertekan, jadi inilah masanya korang menjadi pendengar yg setia terhadap segala masalahnya. Spend time sikit masa korang untuknya. Siapa tahu, esok mungkin hari masalah korang pula dan dia akan melakukan perkara yg sama juga.
5. Give her space
Korang berdua diibaratkan kembar tapi tak seiraslah. Bak kata org, mcm belangkas ke mana sahaja berdua. Tp, itu tak bermakna korang perlu menyekat aktiviti atau kegemarannya. Kalau dah bercanggah kemahuan, biarlah dia lakukan apa saja yg dia suka. Begitu juga dgn korang. Memberi pendapat itu tidak salah tapi tidak perlu sehingga memaksa atau mengarah. Kalau dia tak terima, hmm what to do. Tak payah nak besar-2 kan sesuatu isu itu, okay?
Hah itu lah antara tips untuk korang maintain kan friendship korang. Good luck yew (: Meh nak kongsi gambar BFF cik ain. *Hikhik senyum aje mcm org gila T_T
Fatin najihah & Nur Shazleen
Mohd Nadzri
Hah BFF cik ain semua nie (: Okay skrg ain boleh pergi tidur! Kang esok bangun lambat, mmg kena bebel 748478372882 patah perkataan! Dgn sape lagi, kalau bukan umi or abah! Kbai! Good night (:
Sekian terima kasih (:
No comments:
Post a Comment