:')

Daisypath Anniversary tickers

Monday 24 October 2011

Say 'Big No' to Bad Habits!

Salam cik bloggie (:

Hah kemain rajin lagi ain nie bila blog dah bernafas baru skrg! Rasa nak update jea memanjang :D Hikhik today ain nak share dgn korang something nie. Korang ada bad habits tak? Hehe eceh mesti ada kan? Just tak nak mengaku! Tak payah nak malu sgt lah, semua org ada bad habits rite? Setiap masalah, mesti ada solutionnya kan? Terutamanya bad habits nie! Biasa lah bad habits nie mmg susah nak dikikis. Lebih-2 lagi bila dah menjadi sebahagian dari hidup korang. Tp, kalau tak dibuang sampai ke tua lah mcm tu perangainya! haish buruk tahu? Nnt free-2 dapat gelaran girls yg tak senonoh pulak! korang nak ke? 

Okay disini ain akan share dgn korang strategi yg berkesan untuk menghilangkan bad habits! Check this out! Good luck yee (:

  1. Bad habits: Mengunyah 
Solution: Kalau korang kerap 'mengunjungi' dapur setiap 5 minit atau suka mengunyah tidak henti ketika menonton TV atau selalu tercari-2 makanan untuk dikunyah, maknanya korang mmg bermasalah pasal makanan. Cuba tanya diri sendiri "betul ke apa yg aku makan nie sebab aku mahu ataupun sebab aku mmg teringin makan?" Kalau setakat gelisah atau bosan dijadikan sebagai alasan, lebih baik korang buat aktiviti lain seperti bersiar-2 atau sekadar minum teh panas. Lagi bagus untuk kesihatan.

   2. Bad habits: Cepat naik angin

Solution: Tak semua benda atau perkara yg kita mahukan itu kita peroleh pada akhirnya. Kalau tak dapat satu barang tu, kalau boleh nak hentak-2 kaki sampai lantai pecah. Tak pun rasa hendak lempar semua barang yg berselerak di atas meja. Jangan lah mcm tu okay! Membiarkan emosi bermaharajalela tidak bagus untuk kesihatan korang sebenarnya. Setiap kali korang naik darah, tarik nafas dalam-2 dan hembuskannya perlahan-2. Lakukan berulang-kali supaya perasaan korang kembali tenang.

   3. Bad Habits: SMS...SMS...

Solution: Ish tak sopan langsung! Setiap kali korang bersama kengkawan ataupun family, time tulah korang sibuk ber-SMS. Hal ini boleh menyinggung perasaan dan mereka akan berasa seolah-2 korang tidak selesa bersama dengan mereka. So, buang tabiat buruk nie! On kan silent mode ketika berada bersama mereka dan matikan terus ketika waktu tidur. Hindari diri daripada check handphone setiap lima minit.

   4. Bad Habits: Dating Mr. wrong

Solution: Siapa ada diantar korang yg gemar dating dgn boys handsome? Angkat tangan... Nak kira nie. Hurmm boleh tahan ramai. Seronok yee dapat jalan beriringan dgn boys handsome. Yalah banyak mata yg memerhati. Tp, jangan lah terlalu kerap. Hari isnin dgn boys yg nie, esoknya boys yg lain pula dan seterusnya. Korang nie dah kira playgirl nie. Tak cukup dgn satu. Keluarlah dgn boys yg benar-2 menambat hati korang. Kalau belum mengenali hati budi, ajaklah keluar bersama kengkawan yg lain.

   5. Bad habits: Shopaholic

Solution: Oh yang nie, mmg parah! Bad habit mcm nie boleh mendatangkan bencana pada diri sendiri. Kalau tak diselesaikan sekarang melaratlah sehingga korang memasuki alam pekerjaan. Time tu baru nak menyesal, tak berguna jugak kan? Penyelesaiannya mudah saja. kalau nak keluar shopping, bawak wang cukup-2 saje. Listkan benda penting yg wajib dibeli. Kalau dah 'terbawak' kad ATM suruh kengkawan korang simpan. Girls skrg lebih gemar hang out di mall berbanding hang out di tempat-2 rekreasi, jadi tak usahlah kerap sgt melepak di mall kalau tak mahu bad habit berulang.

   6. Bad habits: Gossip girl

Solution: Ain percaya korang pasti mempunyai geng bergosip. Kalau sehari tak bergosip rasa mcm tak lengkap pula rutin seharian. Bila korang dah besar dan bekerja nnt barulah korang sedar bad habit nie perlu dihapuskan. Ayuh, mula dari skrg. Setiap kali kengkawan korang memulakan gosip, cepat-2 tutup telinga dan mulut. Tahan diri daripada skrg kalau tak terbawa-2 sampai ke tua.

   7. Bad habits: Gigit kuku

Solution: Mengikis tabiat buruk mengigit kuku bukanlah satu perkara yg mudah. Kdg kala berkait rapat dgn perasaan gelisah dan tidak mampu untuk mengawal tekanan. kdg-2 ada juga yg gemar mengigit kuku ketika lapar atau kebosanan. Apa kata korang oleskan sesuatu yg pahit ke atas kuku contohnya pewarna kuku. Apabila korang tersedar kuku itu berasa pahit apabila mengigitnya, korang akan kurang mengigit kuku dan tabiat ini akan beransur-2 hilang. Kalau tak percaya, cubalah dulu yee!

Hah panjang tak panjang lahkan! Hehe khas untuk korang-2 semua. Good luck kawan!

Sekian terima kasih (:

No comments:

Post a Comment